Khamis, 24 September 2015

#ShanasReviewMovie : 1. Everest

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Saya baru saja pulang dari menonton filem Everest. Terus rasa mahu berkongsi review dengan para pembaca. Ditambah pula ini adalah kisah sebanarnya yang terjadi pada tahun 1996. 19 tahun lepas. Saya yang sememangnya berminat dengan kisah yang diadaptasi berdasarkan kisah benar ini sangat teruja untuk melihat filem ini. Saya sendiri menonton dalam bentuk 3D di Golden Screen Cinema (GSC) di sini. Saya juga kongsikan sinopsis tentang filem ini.

Kisah ini memaparkan kisah tentang dua ekpedisi menawan puncak Everest iaitu Adventure Consultants dan Mountain Madness. Setiap ahli dalam kumpulan-kumpulan tersebut membawa misi masing-masing. Pada permulaan kisah ini agak ‘slow’ akan tetapi beberapa detik yang dilihat seolah-olah terjadi di depan mata sangat menerujakan saya sendiri.

Rob Hall ; sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak perempuan, merupakan salah seorang jurupandu dari Adventure Consultants. Ahli dalam kumpulan ini adalah Beck Weathers, Doug Hansen and Yasuko Namba. Scott Fischer pula merupakan jurupandu Mountain Madness. Mereka mengandaikan 10 Mei untuk sampai ke puncak Everest.  Helen Wilton pula merupakan pengurus tapak kem yang akan berhubung dengan kedua-dua kumpulan ini menggunakan walkie talkie. Sebelum pendakian bermula, mereka telah diberi banyak info tentang gunung Everest itu sendiri. Termasuklah simptom yang mereka alami, ‘Death Zone’, ubat-ubatan dan sebagainya

Pada 7 Mei  ekpedisi ini telah sampai ke tapak kem II dengan mengharungi tangga rang sudah direntangi untuk ke setiap jurang. Tiba-tiba sebongkah ais yang sebesar bata(andaian saya) telah menghentam para pendaki sehingga menyebakan tangga tersebut hampir patah. Tak salah saya ada dinyatakan bahawasanya terdapat 19 kematian di kawasan tersebut. Rob yang sangat risau dengan kejadian itu mengajak kumpulan Mountain Madness untuk saling membantu tetapi ditolak.Masing-masing mahu menjadi ketua.  Kedua-dua kumpulan sampai di tapak Kem  IV (mula mengunakan oksigen sekali-sekala) pada 9  Mei.


 Creadit : google


Pada 10 mei mereka telah menetapkan untuk sampai ke puncak Everest sebelum pukul 2 petang. Akibat beberapa masalah teknikal seperti tiada tali di kawasan yang disebut  Hillary Step yang sangat curam, kesemua mereka terpaksa melewatkan pendakian sebelum sampai ke puncak.Tiga orang pendaki berpatah balik. Beck pula menghadapi masalah mata kerana dia pernah menjalani pembedahan mata tetapi meyakinkan Rob bahawa dia akan pulih selepas dia rehat sebentar. Tetapi Rob mengarahkan untuk Beck turun sekiranya pandangannya masih tidak baik.

Creadit : google

Selepas pemasangan tali, mereka mula mendaki semula dengan pantas. Anatoli Boukreev  mendaki dan sampai ke puncak pukul 1:07petang , diikuti Rob. Tetapi sehingga pukul 2 petang, masih ramai yang tidak sampai ke puncak.  Yasuko Namba antara yang dapat sampai ke puncak . Jam 3 petang, cuaca mula kelihatan tidak elok. Doug yang tetap mahu mendaki kepuncak disuruh berpatah balik tetapi masih berdegil dengan alasan dia tidak mahu mendaki ke Everest lagi tahun hadapan dan Rob meneman ke puncak. Scott Fischer mula menunjukkan yang dia tidak sihat dan menyuruh yang lain meneruskan perjalanan mereka. Scott akhirnya mati.

Cuaca semakin buruk. Rob dan Doug semakin kekurangan oksigen. Rob meminta bantuan di tapak kem. Tetapi keadaan semakin teruk. Doug terjatuh di tiup angin. Beck yang masih tidak bergerak pula di bantu yang lain untuk turun. Malangnya mata Beck semakin teruk. Dia terjatuh dan menghempap beberapa pendaki lain. Akibatnya, mereka yang pada mulanya menyelamatkan beck mula menyelamatkan diri mereka dahulu. Yasuko yang juga menjadi mangsa ditinggalkan bersama Beck.

Seorang lagi jurupandu dari Adventure Consultants mula menyelamatkan Rob dengan cara menghantar tong oksigen. Sewaktu mahu berpatah balik, cuaca kembali buruk dan mereka terpaksa tunggu sebentar. Namun akibat terlalu lama jurupandu yang cuba menolong Rob mengalami panas yang melampau sehingga membuka pakaiannya sebelum mati berdekatan dengan Rob. Akibat masalah dengan tong oksigen yang mula membeku, Rob sekali lagi tidak dapat bekalan oksigen. Rob teringatkan isterinya yang sarat mengandung. Dia cuba menggagahkan diri, namun Rob mati di gunung Everest dengan mayatnya tidak dibawa turun sehingga hari ini.

Keajaiban berlaku apabila, Beck pulang sendiri ke tapak kem.Yasuko pula telah mati. Namun jari tangan dan hidung Beck sudah beku dan dipenuhi darah. Selepas dimaklumkan kepada keluarga Beck, isterinya meminta tolong kedutaan Amerika untuk membawa Beck turun dari Gunung Everest

Kesudahan cerita ini memaparkan gambar-gambar mereka yang benar-benar menyertai pendakian pada tahun 1996 itu. Gambar-gambar sebenar para pendaki yang terlibat.  Turut disertakan gambar anak perempuan Rob yang di namakan Sarah sempena nama yang telah Rob beri. 

Creadit : google



Creaditi : google


Secara keseluruhan, filem ini amat sesuai ditonton kerana ada nilai kekeluargaan, kasih sayang, tolong menolong dan tekad melakukan apapun. Saya sarankan kepada mereka yang gemar atau teringin untuk mendaki gunung untuk melihat filem ini. Tetiba rasa saya pula yang berkobar-kobar nak daki gunung!



Isnin, 14 September 2015

#TipShanasMakan : 1. Tempat Makan Menarik Di Kuantan, Pahang - Marina Ketam Telur Masin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Mengunjungi Kuantan, Pahang pastinya tidak sah jika tidak makan di kawasan Tanjung Lumpur yang menghala ke Pekan, Pahang. Salah sebuah kedai yang kerap saya kunjungi ketika saya belajar di Pahang adalah Marina Ketam Telur Masin. Selain dari menyajikan hidangan Ketam Telur masin,disini juga terdapat pelbagai lagi juadah lain antaranya adalah ikan bakar, sup ekor, ikan stim dan sebagainya. Harganya agak murah bersepadan dengan makanan yang kita pesan.



Gambar di atas merupakan hidangan ketam telur masin untuk dua orang makan harga lebih kurang RM28. Pada saya hidangan tersebut lebih dari cukup. Selain itu, pelanggan dibenarkan untuk memilih ketam, ikan dan makanan laut lain sendiri. Jadi kita sendiri boleh anggarkan untuk bajet kita. 


Ini pula gambar sup ekor yang beharga RM5 untuk seorang makan. Kuahnya pekat. Rasa macam Sup siam. Selain itu potongan ekor yang dihidangkan adalah dalam 4 potong. Highly recommended. Selain dari menu sup di Marina Ketam Telur Masin ini, tomyam juga antara yang saya recommended untuk anda makan.Tomyamnya pekat dan Bahanya banyak juga berharga RM5 untuk seorang makan.


Ini pula ikan stim. Simple tapi cukup umphh. Pada saya gabungan jeruk bawang putih memang menambah rasa lagi pada peminat ikan stim. Selain itu, saya juga menggemari ikan bakar kosong dan sambal hijau yang dihidangkan. Sambal hijau itu agak sebati dengan masam manis. Turut dihidangkan juga sambal merah. Sambal merah untuk ikan bakar ini agak manis dan tidak pedas. 

Selain hidangan yang saya sebutkan di atas, terdapat juga lala masak pedas yang saya gemari. Harga untuk seplastik lala adalah RM12 ringgit termasuk masak.Terdapat banyak lagi tempat makan yang lain yang boleh di cuba di Kuantan. Dari sarapan pagi hingga makan malam. Anda ada nak kongsikan tempat makan yang menarik di Kuantan? Jom Kongsikan 


Jumaat, 11 September 2015

#TipShanasTravel : 4. Kellie's Castle, Perak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kellie's Castle, saya sangat terpegun dengan reka bentuk dan keunikan yang jelas terpampang dengan seni bina yang berasal dari India itu. Apabila melangkah masuk ke dalam istana ini, perasaan seram mula menyelubungi. Namun, dengan kehadiran pengunjung yang sangat ramai maka sedikit hilang rasa seram itu. 

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk warga emas. Pengunjung yang ingin membuat photoshoot juga boleh berbuat sedemikian dengan bayaran bermula serendah RM40. Bagi penggemar mistik pula, terdapat kunjungan malam dengan syarat pengunjung hendaklah dalam kumpulan 40 orang. 

Dari arah depan istana ini

Dari arah tepi Istana

Ruang Tamu Istana

Bangunan yang tidak siap bersebelahan istana ini


Pandangan dari atas istana ini ke belakang

Dari belakang istana

Istana ini dari sudut tepi


Saya difahamkan bahawa istana ini dibina dengan 4 terowong rahsia. Selain itu terdapat juga lif yang pertama di Malaya. Namun pembinaannya terbengkalai. Di atas bumbung istana ini juga terdapat tempat untuk bermain tennis. Uniknya pembinaan ini yang membuatkan bangunan ini dipelihara sehingga sekarang.Hasil carian saya mendapati stail arkitektualnya adalah berdasarkan Moorish Revival architecture dan Indo-Saracenic Revival architecture.


#ShanasFakta : Tahukah anda filem Anna and The King pernah dilakonkan di sini?

Lokasi istana ini adalah terletak di Batu Gajah,Perak. 20 minit perjalanan dari Ipoh. Anda juga boleh mengambil simpang dari tol Simpang Pulai untuk sampai ke istana ini kerana lokasinya tidak jauh dari tol ini. 

Khamis, 10 September 2015

#TipShanasTravel : 3. Toys Museum, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !

Toys Museum yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang merupakan salah sebuah Toys Museum yang terbesar didunia. Saya yang pada mulanya menolak ajakkan seorang rakan untuk ke sana menjadi tertarik selepas membaca serba sedikit info tentang muzium tersebut. Perjalanan ke Teluk Bahang dari jeti mengambil masa cuma 1 jam! 

Toys Museum ini terletak berhampiran sebuah sekolah. Dengan bayaran RM15/person kami masuk ke dalam museum tersebut dengan rasa teruja. Teruja kerana di dalam muzium tersebut terdapat 1200000 jumlah permainan termasuklah karakter-karakter kartun. Dari sekecil-kecil karakter ke sebesar-besar karakter kartun terdapat di sana.

Set Barbie yang cool !

Doraemon dalam pelbagai aksi

Harry Potter dan kawan-kawannya.

Shrek yang lucu dengan anak-anaknya.


Saya difahamkan terdapat karakter yang beharga RM40 000 yang ditempatkan disini. Pemiliknya juga memberitahu bahawa lebih kurang 60 000 jenis karakter lagi yang beliau tidak lketakkan disini kerana tempat yang terhad. Ya, memang saya akui tempat untuk pameran agak terhad jika dibandingkan dengan karakter yang banyak dan pelbagai. 

Para pengunjung bolehlah melawati muzium ini di alamat yang berikut

1370, MK2, Teluk Bahang,

11050 Penang.
(bersebelahan dgn SJK(C) Eok Hua)
No. telefon : 012-4602096

Harga tiket : RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 











Sabtu, 5 September 2015

#KisahLampauShanas : 1. Patah Kaki? - Perkara Pertama yang perlu saya buat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !

Patah Kaki? ngerinya. Saya pernah mengalaminya. Kata orang, tak kena tak rasa. Sakitnya Ya Rabbi saja yang tahu. Saya terkejut kerana tak sangka perkara begini terjadi pada diri saya. Tambahan pula, saya seorang yang suka berjalan cepat dan patahnya pula di kaki. Sudahlah patah kaki hanya kerana terjatuh longkang. Nasib saya barangkali. 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kaki tiba-tiba tidak boleh jalan selepas jatuh ?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah duduk sebentar untuk tenangkan diri, jangan memaksa untuk berjalan ataupun berdiri kerana tidak pasti sama ada patah atau terseliuh. Sesetengah orang cakap kaki sepatutnya dituam dengan ais. Bukan ais Magnum White Almond okey :)

Sejurus selepas jatuh. Anggaran masa lebih kurang 5 minit selepas jatuh


Perlukah saya berjumpa doktor atau berjumpa bomoh pun ok?

Sebagai orang yang pernah mengalami kejadian macam ni saya seboleh-bolehnya tidak mahu berjumpa doktor kerana saya anggap tidak ada yang serius. Tapi AWAS!, pergilah berjumpa doktor untuk kepastian. Saya berjumpa dengan doktor di Poliklinik Ar Razi, Kuantan kerana klinik ini ada menyediakan khidmat X-ray. Setelah disahkan Tibia fracture.  Dr telah membuat surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Redha. Sakit itu Kifarah Dosa 

Pembedahan atau tidak?

Ini soalan yang paling susah untuk saya sendiri jawab. Saya tawakal dengan memilih untuk tidak bersetuju dengan sebarang pembedahan. Pada saya, terpulanglah pada masing-masing. Mungkin ada 'pros' dan 'cons' untuk pilihan kita. Tetapi timbanglah sebaik-baiknya. Bertanyalah kepada doktor untuk setiap pilihan kita.  Setelah saya memilih untuk tidak bersetuju dengan pembedahan, doktor memberi option untuk memakaikan plaster di kawasan patah. 


Patah tu dalam kawasan bulat



ni pulak doktor cakap problem dengan ligament sebab renggang


Apakah tujuan plaster untuk patah?

Tujuan plaster ini hanyalah sebagai pemegang di kawasan patah supaya kurang pergerakan untuk tujuan memudahkan tulang bersambung. Terdapat dua jenis plaster sama ada plaster biasa atau plaster fiber. Untuk plaster biasa adalah percuma manakala untuk fiber adalah berharga RM50 / gulung. Saya memakai 3 gulung setengah plaster biasa sahaja. Perbezaan kedua-dua jenis plaster ini hanyalah berat untuk setiap plaster dan warna. Fiber sangat ringan dan bewarna-warni berbanding plaster biasa yang berat dan berwarna putih sahaja. Untuk sesiapa yang rasa tak mampu membawa berat bersama, saya sarankan untuk pakai fiber. Saya memilih untuk memakai plaster bisa tetapi ingin bertukar ke fiber , namun akibat banyak membaca info di internet yang mengatakan ada yang tulang kaki bergerak sejurus selepas bertukar ke fiber , saya menjadi tidak berani. 

Sebanyak itulah pemakaian plaster saya


Berapa lama tempoh pemakaian plaster ini?

Bergantung kepada berapa lama yang doktor sarankan. Kes saya hanyalah 21 hari dipakaikan plaster. Ada sesetengah kes 3 bulan dan ada yang kurang.

Bagaimana hendak bergerak ?

Gunakan tongkat. Saya mempunyai 2 jenis tongkat. Pada peringkat pertama saya memakai yang jenis berkaki empat. Yang jenis ini selalunya kita boleh lihat orang tua memakainya. Saya pakai tongkat jenis ini kerana stabil. Selepas 21 hari saya mula memakai tongkat satu kaki sepasang. masih tidak memijak pada waktu ini. Pada minggu ke 6, doktor hanya sarankan saya untuk memijak layang-layang sahaja kerana tulang tidak bercantum lagi. Untuk yang jenis tongkat tahap kedua ini saya sarankan anda untuk memastikan anda stabil sebelum bergerak kerana saya sendiri pernah tergelincir. Mungkin sebab ini lambat percantuman tulang saya.


Banyak lagi yang saya nak kongsikan,dari segi pemakanan, pantang larang dan sebagainya. Bersambung di entry lainlah nampaknya.


Jumaat, 4 September 2015

#TipShanasMasak : 1. Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Disebabkan harini perut saya berkeroncong mahukan sesuatu yang mudah cepat dan sedap maka saya telah memikirkan resipi yang sangat mudah ini. Kalau ikutkan banyak juga 'style' yang orang lain buat untuk nasi ayam. Pada saya Nasi Ayam sudah semestinya perlukan ayam goreng, sup,sos dan kicap. Bunyinya macam rumit, tetapi percayalah resipi ini hanya memakan masa 20-30 minit sahaja jika paling lama pun! jom ikuti cara saya masa nasi ayam simple mimple ini.


Bahan-bahan 

Ayam (dipotong)
*Bawang putih (dicincang)
Bawang besar (dicincang)
*Halia (dipotong halus)
Bunga lawang
Kulit kayu manis 
Daun sup
*Kicap Manis Cap Kipas Udang
*Sos Tiram Maggi
Sos Cili Maggi
Cili Padi (dikisar)
Beras
Kiub pati ayam Knorr
Serbuk Kunyit
Planta Daisy
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan air sebanyak yang kita mahu untuk supnya dan untuk memasak nasinya dan masukkan ayam dan kiub pati ayam Knorr bersama garam.

2. Selepas ayam masak, angkat ayam dan bahagikan sup kepada dua bahagian (untuk sup dan untuk nasi). Perapkan ayam dengan bahan bertanda * selama 15 minit.

3. Panaskan periuk nasi dan masukkan planta Daisy dan setelah itu, tumiskan bawang putih, halia, kulit kayu manis serta bunga lawang. Setelah bawang keperangan, masukkan beras dan serbuk kunyit digaul sekali.

4. Ayam yang sudah diperam itu kemudiaanya di angkat dari bahan perapan dan digoreng. Bahan perapan ayam tadi pula akan dimasak dengan sedikit sup yang telah dimasak pada awal tadi untuk menghasilkan kicap nasi ayam.

5. Untuk sos, cairkan Sos Cili Maggi dengan sedikit sup dan masukkan cili yang telah dikisar. 

6. Hidangkan nasi ayam yang telah siap dimask dengan Salad, tomato dan sebagainya.


Begitulah cara saya menghasilkan nasi ayam yang mudah dan sedap. Tak perlukan banyak bahan. Nasi ayam orang bujang yang sedap.Selamat mencuba :)






Khamis, 3 September 2015

#TipShanasTravel : 2. Kuala Terengganu - Pulau Kapas Part 2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Bersambung dari Part 1 

Hari kedua di Kuala Terengganu kami mulakan seawal jam 9 pagi. Selesai Checkout dari Hotel Teratai Tenang kami berjalan menuju ke Terminal Bas Kuala Terengganu. Sebelum itu kami sempat membeli sedikit kuih muih dan nasi lemak di gerai berhampiran. Untuk pengetahuan semua, di Pulau Kapas tiada kedai mahupun atm yerr... Maka dengan itu, anda semua dinasihatkan untuk membeli makanan sebelum ke Pulau Kapas. Tambahan pula kalau makan di Pulau Kapas adalah 2 kali ganda harga dari tanah darat. Mungkin kerana kos penganggkutan makanan ke sana. 

Kami menaiki teksi menuju ke Jeti Merang yang terletak dalam lingkungan 30 minit dari terminal. Untuk pengetahuan semua, untuk menuju ke Jeti Merang anda hanya boleh menggunakan teksi kerana tiada bas yang disedikan untuk ke sana. Lainlah kalau anda menaiki kereta. Sesudah sampai disana kami menuju ke kaunter tiket yang menyediakan perkhidmatan untuk ke Pulau Kapas. Kami memilih pakej dari Mak Cik Gemuk resort. 

Lebih kurang pukul 11pagi kami menaiki bot untuk ke Pulau Kapas. Tidak ramai penumpang pada hari tersebut. Selesai sampai disana kami terus check in dan menukar pakaian. Tapi sebelum itu kami makan tengah hari dengan bekalan yang kami bawa dari darat. Selesai makan tengahari, kami terus ke pantai. disebabkan percutian kami ini singkat maka tidaklah kami menghiraukan cuaca yang panas ketika itu. 


Berhampiran pantai berdekatan chalet.


Gambar di atas ini merupakan kawasan snokeling kami. Air Laut di kawasan ini sangat jernih kebiru-biruan sehingga menampakkan karangan laut. Sangat puas hati walaupun ada karangan laut yang terjejas. Masa kami snokeling di kawasan ini adalah lebih kurang 2 jam. Setelah itu, bot yang menghantar ke tempat snokeling terus menghantar kami ke kawasan chalet. Malam itu, kami cuma makan makanan kering yang kami bawa dari darat. Sudah tentu Biskut Marie dan Maggi Tomyam Hotcup :). Di kawasan ini, memang tiada kedai yang disediakan, kalau tidak masing-masing mungkin mahu makan Magnum White Almond  kerana rasa panas pada malam hari. Mungkin akibat kulit kami banyak berjemur pada siang hari.

Keesokan paginya kami bangun dan masih lagi menuju ke pantai dengan sebelum berangkat pulang. Kami mandi sehingga pukul 11 tengahari dan terlepas bot pada waktu tengahari itu. Terpaksalah kami menunggu bot seterusnya sedangkan kami berjanji dengan pakcikm teksi jam 12tengahari. Jam 1 tengahari kami menaiki bot dan terus ke jeti. Kesian pakcik teksi sudah menunggu. 

Bye Pulau Kapas :'(

Setibanya kami ke Terminal bas, kami terus mengambil bas dan pulang semula ke Kuantan, Pahang. Kami sampai lebih kurang jam 6 petang. Secara kesuluruhan, percutian ala backpackers kali ini sangatlah berbaloi dengan kos yang sangat rendah. 


Kos pada kali ini untuk seorang adalah 

Tambang bas          =      RM 19.60
Chalet + Snokeling  =      RM 90
Makan                    =      RM 8
Teksi (pergi balik ) =      RM 25


TOTAL                =      RM 142.60

#KosShanasJalan kali ini  = RM 64.60 + 142.60
                                     = RM 207.2



#TipShanasTravel : 1. Kuala Terengganu - Pulau Kapas Part 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!


Terdapat banyak pulau yang mengelilingi Malaysia termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Rawa dan sebagainya. Pulau-pulau di Malaysia sudah terkenal di mata dunia dengan pantai yang menenangkan dengan kos yang agak murah jika dibandingkan dengan pulau di kawasan luar malaysia. Menurut kajiselidik yang telah dibuat oleh rangkain berita CNN, Pantai di Pulau Perhentian Kecil berada di kedudukan nombor 13 manakala di kedudukan 21 adalah pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang dan pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah berada di nombor 49. Nampak kan pulau di Malaysia juga punyai kelebihan setanding dengan pulau di luar negara.

Pada kali ini saya akan mencatat pula pengalaman saya menjelajah ke Pulau Kapas yang terletak di Terengganu. Pulau Kapas merupakan sebuah pulau yang paling bajet dalam Malaysia. Saya memulakan perjalanan dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Kuantan , Pahang dengan seorang lagi rakan saya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tiket untuk perjalanan dari Kuantan ke Kuala terengganu adalah sebanyak RM19.60. 

Setibanya kami di sana pada pukul 3 petang, saya terus walk in ke Hotel Teratai Tenang. Dengan harga lebih kurang RM60 semalam kami bermalam di sana. Sesuai dengan konsep backpackers, kami tidak langsung mengambil sebarang kenderaan awam yang lain. 


Hotel Teratai Tenang

Hotel ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu bermalam dengan konsep backpackers. disini juga disediakan dengan wifi. Disamping itu juga terdapat kedai makan yang berhampiran dengan hotel. Bilik yang kami menginap ini adalah berkongsi bilik air. Berpadanan dengan bajet rendah kami. Jangan risau disini InsyaAllah selamat semuanya. Biliknya pulau setanding dengan bilik-bilik single di hotel yang lain. katil yang disediakan adalah double. Jadi untuk kami berdua tidur malam pun selesa. 


Turtle Valley




Pasar Payang 


Kos pada hari ini untuk seorang adalah 

Tambang bas       =      RM 19.60
Hotel                  =      RM 30
Makan                 =      RM 15


TOTAL                =      RM 64.60


Entry ini akan bersambung di part ke 2

#TipShanasMudah : 1. Cara-cara Mendaftar 'CIMB Clicks'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Umum sudah mengetahui bahawasanya di arus kemodenan sekarang, kebanyakkan masyarakat kita lebih cenderung menggunakan khidmat pantas, mudah dan cepat. Saya sendiri lebih gemar menggunakan perkhidmatan dalam talian atas dasar lebih menjimatkan masa disamping lebih mudah bersesuaian dengan kesibukan masa menguruskan hal yang lainnya, kalau boleh nak beli Galaxy Note 5 yang canggih tu pun nak guna perkhidmatan atas talian. Bersesuaian dengan tajuk di atas, maka saya ingin menunjukkan cara untuk mendaftar CIMB clicks secara mudah.


Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hendaklah membuka akaun CIMB di kawasan yang berdekatan atau lokasi Bank CIMB boleh di semak di SINI

Setelah itu, para pengguna bolehlah ke pautan CIMB clicks mengikut alamat yang tertera di dalam gambar di bawah

Langkah kedua adalah klik "register now"

Seterusnya, masukkan no. kad atm anda di bahagian 1. No. kad atm adalah No. yang tertera di atas kad atm anda. Untuk bahagian 2, masukkan no. pin atm anda. Setelah selesai mengisi semua yang tertera di bahagian ini, klik agree & continue.

Masukkan kod yang diterima no. telefon anda untuk "one time activation code"


Setelah itu, masukkan ID anda yang anda cipta sendiri dengan gabungan no. dan lengkapkan permukaan ini.


Kemudian, akaun anda akan berjaya didaftarkan


Kemudian, masukkan semula ID yang telah dicipta tadi berserta 'password'



Siap sudah pendaftaran CIMB clicks anda! untuk Demo dalam bentuk video, anda juga boleh klik di SINI



Rabu, 2 September 2015

#TipShanasBlog : 1. Cara Mendaftar Akaun Blogspot

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Bersempena dengan post pertama harini saya akan tunjukkan pada anda semua cara bagaimana hendak mendaftar akaun blogspot. Sebenarnya saya juga pernah membuka akaun yang lain sebelum ini, tetapi akibat sebab-sebab yang tertentu saya terpaksa menutup akaun tersebut. Sebenarnya cara mendaftar dari dulu sampai sekarang tidaklah banyak beza. tanpa melengah-lengahkan masa lagi, mari ikuti cara-cara yang mudah untuk mendaftar blogspot anda!


1. 'Search' 'Signup blogspot' seperti gambar di bawah


2. Masukkan Emel gmail anda. Dah tak perlu "sign up" susah-susah macam dulu-dulu. "One Acount. All of Google" . Cepat, mudah dan pantas!

3. Klik yang berkenaan. Saya klik yang kanan :)

4. Anda boleh taip sebarang nama yang anda suka sebagai nama blog anda. Saya taip Until You Read sebagai 'Display Name' blog saya. Tetapi untuk tips ini saya letakkan sebagai XX



6. Kemudian, klik pada 'New Blog'.


7. Taip 'title' yang anda suka dan 'address'. saya masih lagi meletakkan 'title' sebagai 'Until You Read' pada 'title' dan 'untilyouread.blogspot.com' sebagai address. Anda bebas memilih sebarang nama yang anda suka. Kemudian pilihlah 'template' yang berkenan di hati anda!


8. Kemudian, klik 'New Post' untuk menaip cerita yang hendak anda post di blog anda


9. Setelah itu, pada no. 1 anda taipkan tajuk post anda dan pada no. 2 anda boleh menaip apa yang hendak anda postkan di blog anda. Kemudian klik 'publish' di akhir penulisan anda


10. Klik 'View' untuk melihat semula hasil penulisan anda.


11.Taraa! dah siap semudah mengunyah Magnum White Almond gituuu