Sabtu, 5 September 2015

#KisahLampauShanas : 1. Patah Kaki? - Perkara Pertama yang perlu saya buat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !

Patah Kaki? ngerinya. Saya pernah mengalaminya. Kata orang, tak kena tak rasa. Sakitnya Ya Rabbi saja yang tahu. Saya terkejut kerana tak sangka perkara begini terjadi pada diri saya. Tambahan pula, saya seorang yang suka berjalan cepat dan patahnya pula di kaki. Sudahlah patah kaki hanya kerana terjatuh longkang. Nasib saya barangkali. 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kaki tiba-tiba tidak boleh jalan selepas jatuh ?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah duduk sebentar untuk tenangkan diri, jangan memaksa untuk berjalan ataupun berdiri kerana tidak pasti sama ada patah atau terseliuh. Sesetengah orang cakap kaki sepatutnya dituam dengan ais. Bukan ais Magnum White Almond okey :)

Sejurus selepas jatuh. Anggaran masa lebih kurang 5 minit selepas jatuh


Perlukah saya berjumpa doktor atau berjumpa bomoh pun ok?

Sebagai orang yang pernah mengalami kejadian macam ni saya seboleh-bolehnya tidak mahu berjumpa doktor kerana saya anggap tidak ada yang serius. Tapi AWAS!, pergilah berjumpa doktor untuk kepastian. Saya berjumpa dengan doktor di Poliklinik Ar Razi, Kuantan kerana klinik ini ada menyediakan khidmat X-ray. Setelah disahkan Tibia fracture.  Dr telah membuat surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Redha. Sakit itu Kifarah Dosa 

Pembedahan atau tidak?

Ini soalan yang paling susah untuk saya sendiri jawab. Saya tawakal dengan memilih untuk tidak bersetuju dengan sebarang pembedahan. Pada saya, terpulanglah pada masing-masing. Mungkin ada 'pros' dan 'cons' untuk pilihan kita. Tetapi timbanglah sebaik-baiknya. Bertanyalah kepada doktor untuk setiap pilihan kita.  Setelah saya memilih untuk tidak bersetuju dengan pembedahan, doktor memberi option untuk memakaikan plaster di kawasan patah. 


Patah tu dalam kawasan bulat



ni pulak doktor cakap problem dengan ligament sebab renggang


Apakah tujuan plaster untuk patah?

Tujuan plaster ini hanyalah sebagai pemegang di kawasan patah supaya kurang pergerakan untuk tujuan memudahkan tulang bersambung. Terdapat dua jenis plaster sama ada plaster biasa atau plaster fiber. Untuk plaster biasa adalah percuma manakala untuk fiber adalah berharga RM50 / gulung. Saya memakai 3 gulung setengah plaster biasa sahaja. Perbezaan kedua-dua jenis plaster ini hanyalah berat untuk setiap plaster dan warna. Fiber sangat ringan dan bewarna-warni berbanding plaster biasa yang berat dan berwarna putih sahaja. Untuk sesiapa yang rasa tak mampu membawa berat bersama, saya sarankan untuk pakai fiber. Saya memilih untuk memakai plaster bisa tetapi ingin bertukar ke fiber , namun akibat banyak membaca info di internet yang mengatakan ada yang tulang kaki bergerak sejurus selepas bertukar ke fiber , saya menjadi tidak berani. 

Sebanyak itulah pemakaian plaster saya


Berapa lama tempoh pemakaian plaster ini?

Bergantung kepada berapa lama yang doktor sarankan. Kes saya hanyalah 21 hari dipakaikan plaster. Ada sesetengah kes 3 bulan dan ada yang kurang.

Bagaimana hendak bergerak ?

Gunakan tongkat. Saya mempunyai 2 jenis tongkat. Pada peringkat pertama saya memakai yang jenis berkaki empat. Yang jenis ini selalunya kita boleh lihat orang tua memakainya. Saya pakai tongkat jenis ini kerana stabil. Selepas 21 hari saya mula memakai tongkat satu kaki sepasang. masih tidak memijak pada waktu ini. Pada minggu ke 6, doktor hanya sarankan saya untuk memijak layang-layang sahaja kerana tulang tidak bercantum lagi. Untuk yang jenis tongkat tahap kedua ini saya sarankan anda untuk memastikan anda stabil sebelum bergerak kerana saya sendiri pernah tergelincir. Mungkin sebab ini lambat percantuman tulang saya.


Banyak lagi yang saya nak kongsikan,dari segi pemakanan, pantang larang dan sebagainya. Bersambung di entry lainlah nampaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komen anda :)