Khamis, 24 September 2015

#ShanasReviewMovie : 1. Everest

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Saya baru saja pulang dari menonton filem Everest. Terus rasa mahu berkongsi review dengan para pembaca. Ditambah pula ini adalah kisah sebanarnya yang terjadi pada tahun 1996. 19 tahun lepas. Saya yang sememangnya berminat dengan kisah yang diadaptasi berdasarkan kisah benar ini sangat teruja untuk melihat filem ini. Saya sendiri menonton dalam bentuk 3D di Golden Screen Cinema (GSC) di sini. Saya juga kongsikan sinopsis tentang filem ini.

Kisah ini memaparkan kisah tentang dua ekpedisi menawan puncak Everest iaitu Adventure Consultants dan Mountain Madness. Setiap ahli dalam kumpulan-kumpulan tersebut membawa misi masing-masing. Pada permulaan kisah ini agak ‘slow’ akan tetapi beberapa detik yang dilihat seolah-olah terjadi di depan mata sangat menerujakan saya sendiri.

Rob Hall ; sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak perempuan, merupakan salah seorang jurupandu dari Adventure Consultants. Ahli dalam kumpulan ini adalah Beck Weathers, Doug Hansen and Yasuko Namba. Scott Fischer pula merupakan jurupandu Mountain Madness. Mereka mengandaikan 10 Mei untuk sampai ke puncak Everest.  Helen Wilton pula merupakan pengurus tapak kem yang akan berhubung dengan kedua-dua kumpulan ini menggunakan walkie talkie. Sebelum pendakian bermula, mereka telah diberi banyak info tentang gunung Everest itu sendiri. Termasuklah simptom yang mereka alami, ‘Death Zone’, ubat-ubatan dan sebagainya

Pada 7 Mei  ekpedisi ini telah sampai ke tapak kem II dengan mengharungi tangga rang sudah direntangi untuk ke setiap jurang. Tiba-tiba sebongkah ais yang sebesar bata(andaian saya) telah menghentam para pendaki sehingga menyebakan tangga tersebut hampir patah. Tak salah saya ada dinyatakan bahawasanya terdapat 19 kematian di kawasan tersebut. Rob yang sangat risau dengan kejadian itu mengajak kumpulan Mountain Madness untuk saling membantu tetapi ditolak.Masing-masing mahu menjadi ketua.  Kedua-dua kumpulan sampai di tapak Kem  IV (mula mengunakan oksigen sekali-sekala) pada 9  Mei.


 Creadit : google


Pada 10 mei mereka telah menetapkan untuk sampai ke puncak Everest sebelum pukul 2 petang. Akibat beberapa masalah teknikal seperti tiada tali di kawasan yang disebut  Hillary Step yang sangat curam, kesemua mereka terpaksa melewatkan pendakian sebelum sampai ke puncak.Tiga orang pendaki berpatah balik. Beck pula menghadapi masalah mata kerana dia pernah menjalani pembedahan mata tetapi meyakinkan Rob bahawa dia akan pulih selepas dia rehat sebentar. Tetapi Rob mengarahkan untuk Beck turun sekiranya pandangannya masih tidak baik.

Creadit : google

Selepas pemasangan tali, mereka mula mendaki semula dengan pantas. Anatoli Boukreev  mendaki dan sampai ke puncak pukul 1:07petang , diikuti Rob. Tetapi sehingga pukul 2 petang, masih ramai yang tidak sampai ke puncak.  Yasuko Namba antara yang dapat sampai ke puncak . Jam 3 petang, cuaca mula kelihatan tidak elok. Doug yang tetap mahu mendaki kepuncak disuruh berpatah balik tetapi masih berdegil dengan alasan dia tidak mahu mendaki ke Everest lagi tahun hadapan dan Rob meneman ke puncak. Scott Fischer mula menunjukkan yang dia tidak sihat dan menyuruh yang lain meneruskan perjalanan mereka. Scott akhirnya mati.

Cuaca semakin buruk. Rob dan Doug semakin kekurangan oksigen. Rob meminta bantuan di tapak kem. Tetapi keadaan semakin teruk. Doug terjatuh di tiup angin. Beck yang masih tidak bergerak pula di bantu yang lain untuk turun. Malangnya mata Beck semakin teruk. Dia terjatuh dan menghempap beberapa pendaki lain. Akibatnya, mereka yang pada mulanya menyelamatkan beck mula menyelamatkan diri mereka dahulu. Yasuko yang juga menjadi mangsa ditinggalkan bersama Beck.

Seorang lagi jurupandu dari Adventure Consultants mula menyelamatkan Rob dengan cara menghantar tong oksigen. Sewaktu mahu berpatah balik, cuaca kembali buruk dan mereka terpaksa tunggu sebentar. Namun akibat terlalu lama jurupandu yang cuba menolong Rob mengalami panas yang melampau sehingga membuka pakaiannya sebelum mati berdekatan dengan Rob. Akibat masalah dengan tong oksigen yang mula membeku, Rob sekali lagi tidak dapat bekalan oksigen. Rob teringatkan isterinya yang sarat mengandung. Dia cuba menggagahkan diri, namun Rob mati di gunung Everest dengan mayatnya tidak dibawa turun sehingga hari ini.

Keajaiban berlaku apabila, Beck pulang sendiri ke tapak kem.Yasuko pula telah mati. Namun jari tangan dan hidung Beck sudah beku dan dipenuhi darah. Selepas dimaklumkan kepada keluarga Beck, isterinya meminta tolong kedutaan Amerika untuk membawa Beck turun dari Gunung Everest

Kesudahan cerita ini memaparkan gambar-gambar mereka yang benar-benar menyertai pendakian pada tahun 1996 itu. Gambar-gambar sebenar para pendaki yang terlibat.  Turut disertakan gambar anak perempuan Rob yang di namakan Sarah sempena nama yang telah Rob beri. 

Creadit : google



Creaditi : google


Secara keseluruhan, filem ini amat sesuai ditonton kerana ada nilai kekeluargaan, kasih sayang, tolong menolong dan tekad melakukan apapun. Saya sarankan kepada mereka yang gemar atau teringin untuk mendaki gunung untuk melihat filem ini. Tetiba rasa saya pula yang berkobar-kobar nak daki gunung!



4 ulasan:

  1. wah mcm best. xsabaq lah nak tengok nti..

    http://myartcrafting.blogspot.my/2015/09/september-giveaway.html

    BalasPadam
  2. nice.. baca review pun dah membuak2 perasaan nak tengok.. tp sini xde panggung..huhu..:(

    BalasPadam

Terima kasih untuk komen anda :)