Isnin, 14 September 2015

#TipShanasMakan : 1. Tempat Makan Menarik Di Kuantan, Pahang - Marina Ketam Telur Masin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Mengunjungi Kuantan, Pahang pastinya tidak sah jika tidak makan di kawasan Tanjung Lumpur yang menghala ke Pekan, Pahang. Salah sebuah kedai yang kerap saya kunjungi ketika saya belajar di Pahang adalah Marina Ketam Telur Masin. Selain dari menyajikan hidangan Ketam Telur masin,disini juga terdapat pelbagai lagi juadah lain antaranya adalah ikan bakar, sup ekor, ikan stim dan sebagainya. Harganya agak murah bersepadan dengan makanan yang kita pesan.



Gambar di atas merupakan hidangan ketam telur masin untuk dua orang makan harga lebih kurang RM28. Pada saya hidangan tersebut lebih dari cukup. Selain itu, pelanggan dibenarkan untuk memilih ketam, ikan dan makanan laut lain sendiri. Jadi kita sendiri boleh anggarkan untuk bajet kita. 


Ini pula gambar sup ekor yang beharga RM5 untuk seorang makan. Kuahnya pekat. Rasa macam Sup siam. Selain itu potongan ekor yang dihidangkan adalah dalam 4 potong. Highly recommended. Selain dari menu sup di Marina Ketam Telur Masin ini, tomyam juga antara yang saya recommended untuk anda makan.Tomyamnya pekat dan Bahanya banyak juga berharga RM5 untuk seorang makan.


Ini pula ikan stim. Simple tapi cukup umphh. Pada saya gabungan jeruk bawang putih memang menambah rasa lagi pada peminat ikan stim. Selain itu, saya juga menggemari ikan bakar kosong dan sambal hijau yang dihidangkan. Sambal hijau itu agak sebati dengan masam manis. Turut dihidangkan juga sambal merah. Sambal merah untuk ikan bakar ini agak manis dan tidak pedas. 

Selain hidangan yang saya sebutkan di atas, terdapat juga lala masak pedas yang saya gemari. Harga untuk seplastik lala adalah RM12 ringgit termasuk masak.Terdapat banyak lagi tempat makan yang lain yang boleh di cuba di Kuantan. Dari sarapan pagi hingga makan malam. Anda ada nak kongsikan tempat makan yang menarik di Kuantan? Jom Kongsikan 


10 ulasan:

  1. UV pon kalau gi kuantan mesti singgah kt tanjung lumpur ni.. restoren pilihan semestinye anna petai.. layan

    BalasPadam
  2. awwhh. cravingnya sekaranggg nak makan ikan stim.
    sy follow awaa #8
    jemputt:)

    BalasPadam
  3. mmg sane harga murah2 pastu fresh..heheh

    BalasPadam
  4. nyum2
    Terima Kasih join Pencarian bloglist nurfuzie.com #1..
    Jom BW peserta yang lain : Bloglist Nurfuzie.com

    BalasPadam
  5. ketam telur masin!! my peberet

    BalasPadam
  6. Salah 1 tempat wajib AM pi makan kalau berada di kuantan..
    Setahun mahu 3 ke 4 kali ke kuantan..

    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  7. Sedapnya...nanti ke kuantan boleh cuba ni...

    bw dari Bloglist Nurfuzie Dot Com

    BalasPadam
  8. lapar pulak tgk gmba mkanan ni . . ^^

    BalasPadam

Terima kasih untuk komen anda :)