Jumaat, 4 September 2015

#TipShanasMasak : 1. Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Disebabkan harini perut saya berkeroncong mahukan sesuatu yang mudah cepat dan sedap maka saya telah memikirkan resipi yang sangat mudah ini. Kalau ikutkan banyak juga 'style' yang orang lain buat untuk nasi ayam. Pada saya Nasi Ayam sudah semestinya perlukan ayam goreng, sup,sos dan kicap. Bunyinya macam rumit, tetapi percayalah resipi ini hanya memakan masa 20-30 minit sahaja jika paling lama pun! jom ikuti cara saya masa nasi ayam simple mimple ini.


Bahan-bahan 

Ayam (dipotong)
*Bawang putih (dicincang)
Bawang besar (dicincang)
*Halia (dipotong halus)
Bunga lawang
Kulit kayu manis 
Daun sup
*Kicap Manis Cap Kipas Udang
*Sos Tiram Maggi
Sos Cili Maggi
Cili Padi (dikisar)
Beras
Kiub pati ayam Knorr
Serbuk Kunyit
Planta Daisy
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan air sebanyak yang kita mahu untuk supnya dan untuk memasak nasinya dan masukkan ayam dan kiub pati ayam Knorr bersama garam.

2. Selepas ayam masak, angkat ayam dan bahagikan sup kepada dua bahagian (untuk sup dan untuk nasi). Perapkan ayam dengan bahan bertanda * selama 15 minit.

3. Panaskan periuk nasi dan masukkan planta Daisy dan setelah itu, tumiskan bawang putih, halia, kulit kayu manis serta bunga lawang. Setelah bawang keperangan, masukkan beras dan serbuk kunyit digaul sekali.

4. Ayam yang sudah diperam itu kemudiaanya di angkat dari bahan perapan dan digoreng. Bahan perapan ayam tadi pula akan dimasak dengan sedikit sup yang telah dimasak pada awal tadi untuk menghasilkan kicap nasi ayam.

5. Untuk sos, cairkan Sos Cili Maggi dengan sedikit sup dan masukkan cili yang telah dikisar. 

6. Hidangkan nasi ayam yang telah siap dimask dengan Salad, tomato dan sebagainya.


Begitulah cara saya menghasilkan nasi ayam yang mudah dan sedap. Tak perlukan banyak bahan. Nasi ayam orang bujang yang sedap.Selamat mencuba :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komen anda :)