Jumaat, 11 September 2015

#TipShanasTravel : 4. Kellie's Castle, Perak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kellie's Castle, saya sangat terpegun dengan reka bentuk dan keunikan yang jelas terpampang dengan seni bina yang berasal dari India itu. Apabila melangkah masuk ke dalam istana ini, perasaan seram mula menyelubungi. Namun, dengan kehadiran pengunjung yang sangat ramai maka sedikit hilang rasa seram itu. 

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk warga emas. Pengunjung yang ingin membuat photoshoot juga boleh berbuat sedemikian dengan bayaran bermula serendah RM40. Bagi penggemar mistik pula, terdapat kunjungan malam dengan syarat pengunjung hendaklah dalam kumpulan 40 orang. 

Dari arah depan istana ini

Dari arah tepi Istana

Ruang Tamu Istana

Bangunan yang tidak siap bersebelahan istana ini


Pandangan dari atas istana ini ke belakang

Dari belakang istana

Istana ini dari sudut tepi


Saya difahamkan bahawa istana ini dibina dengan 4 terowong rahsia. Selain itu terdapat juga lif yang pertama di Malaya. Namun pembinaannya terbengkalai. Di atas bumbung istana ini juga terdapat tempat untuk bermain tennis. Uniknya pembinaan ini yang membuatkan bangunan ini dipelihara sehingga sekarang.Hasil carian saya mendapati stail arkitektualnya adalah berdasarkan Moorish Revival architecture dan Indo-Saracenic Revival architecture.


#ShanasFakta : Tahukah anda filem Anna and The King pernah dilakonkan di sini?

Lokasi istana ini adalah terletak di Batu Gajah,Perak. 20 minit perjalanan dari Ipoh. Anda juga boleh mengambil simpang dari tol Simpang Pulai untuk sampai ke istana ini kerana lokasinya tidak jauh dari tol ini. 

6 ulasan:

  1. Banyak cerita mistik dan pelik mengenai castle nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...yang tak dapat dinafikan istana ni memang cantik

      Padam
  2. om follow sini #1 http://ombakbergigis.blogspot.com

    BalasPadam
  3. cik en org perak.. kerap lalu sini.. tp last jejak masa zaman sekolah dulu.. hihi

    BalasPadam
  4. mas follow sini :) http://masturahmarzuki.blogspot.my

    BalasPadam

Terima kasih untuk komen anda :)