Jumaat, 9 Oktober 2015

#NakMenangSenang : Selfie dan menang hadiah lumayan!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Selfie atau Self Picture adalah istilah yang tidak asing lagi bagi anak muda masa kini. Berketepatan dengan itu, Sony Mobile telah membuat satu peraduan SONY MOBILE CONTEST GIVEAWAY dengan menghantar gambar selfie sahaja.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

10 Pemenang pada (1 Oktober 2015 – 15 October 2015
dan
10 Pemenang pada (15 Oktober – 29 Oktober 2015)
  • 2 x pemenang hadiah utama : Xperia C5 Ultra Dual berharga RM 1,399
  • 3 x pemenang hadiah tempat kedua : Xperia M2 berharga RM799
  • 5 x pemenang hadiah saguhati : Sony wireless Bluetooth speaker SRS-BTV5 berharga RM299.

Xperia C5 Ultra Dual - Sumber ChurpChurp

Xperia M2 - Sumber ChurpChurp

Sony wireless Bluetooth speaker SRS-BTV5  - Sumber ChurpChurp



Berikut adalah bagaimana anda boleh mengambil bahagian:
  1. Ambil gambar diri sendiri yang paling yakin
  2. upload pada Instagram dan di sync ke Facebook (pastikan kedua-dua Instagram & Facebook anda disetkan kepada 'Public')
  3. Anda MESTI tag @SonyMobileMY dan termasuk hashtag #BeSelfieConfident, #SonyMobileMY & #ChurpMYWIN di Instagram Caption anda.
  4. Peraduan ini terbuka kepada pengguna ChurpChurp baru dan sedia ada di Malaysia . Klik SINI jika belum mendaftar.
  5. Isi borang peraduan di SINI dengan syarat-syarat yang dinyatakan. Hanya penyertaan lengkap diterima dan layak untuk penyertaan.
  6. Tempoh Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Oktober 2015 (Khamis) hingga 29 Oktober 2015 (Khamis).
  7. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel pada 6 November 2015. Pemenang Peraduan dikehendaki mengambil hadiah di pejabat ChurpChurp .
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  9. ChurpChurp berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.





Jom sertai pertandingan ini sekarang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!



Khamis, 8 Oktober 2015

#TipShanasMakan : 2. Tempat Makan Menarik di Kuantan, Pahang - Akar Kopi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Umum mengetahui bahawasanya, kopi dan masyarakat kita berpisah tiada. Terdapat banyak kopitiam-kopitiam, malahan kedai-kedai lain yang menjual kopi sebagai minuman utamanya seperti Starbuck. Kali ini, saya ingin berkongsi sebuah lagi kedai makan yang terdapat di Kuantan yang Menyajikan kopi sebagai minuman utamanya.

Akar Kopi merupakan kedai kopi ala-ala hipster yang saya rasa sangat disukai para remaja malahan dewasa juga. Kedudukannya adalah betul-betul di bandar Kuantan dan berhadapanWisma Kastam. Kunjungan saya pada kali ini merupakan kunjungan yang pertama kali. Saya memang menggemari Kopi dan boleh dikatakan kopi yang disaji disni adalah 5 bintang!

Selain itu, disini juga terdapat menu yang lain seperti nasi lemak, Nasi Minyak dan roti bakar. Ringkas sahaja menunya. Kopinya merupakan kopi vietnam kalau tidak salah saya. Dekorasi Kedai ini adalah menggunakan bahan terbuang seperti tong minyak yang dijadikan tempat duduk. Kotak-kotak kayu terpakai yang dijadikan perabot. sangat kreatif!

Makanan Saya pada hari tersebut

Bumbung Kedai Akar Kopi yang unik

Kopi Ais RM3

Pandangan kedai dari tepi

Lokasi - berhadapan wisma kastam 

Saya sangat yakin, penggemar kopi pasti tidak akan menyesal jika melangkah masuk ke kedai ini. Kopinya 'confirm' buat kita tidak tidur malam !



Nak rasa? Datang Kuantan dan cuba di kedai ini! Lulussss Bro!







Jumaat, 2 Oktober 2015

#ShanasReviewMovie : 2. The Martian

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Jika pada minggu lepas saya bercerita tentang filem Everest maka pada minggu ini saya ingin bercerita pula tentang filem The Martian. Almaklumlah baru saja pulang dari menonton filem tersebut. Saya anggarkan filem ini agak mendapat sambutan kerana kelihatan banyak juga penonton yang memenuhi ruangan panggung. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Andy Weir dan berdurasi 2 jam 22 minit.

credit : google

Sesungguhnya filem ini sangat menarik dan tidak membuang masa bermula dari awal penceritaan. Tidak hanya memfokuskan watak utama, kisahnya juga nyata berbeza berbanding kisah sains fiksyen yang lain. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan filem ini juga memberi sedikit ilmu dan semangat untuk orang lain meneruskan kehidupan dalam keadaan yang genting.

Credit : Google

Secara ringkasnya, plot kisah ini bermula dengan misi sekumpulan Angkasawan (Mark Watney, Melissa Lewis,Annie Montrose, Rick Martinez, Beth Johanssen, Chris Beck)  dari  Amerika yang membuat kajian di Marikh. Namun tidak disangka ribut yang kuat telah mengganggu proses kajian di lapangan Marikh itu. Akibat dari itu, kajian terpaksa dibatalkan. Namun ketika mereka cuba bergegas meniki kapal angkasa, Mark Watney telah dilanggar dengan satu komponen kapal angkasa sehingga menyebabkan dia tersasar jauh. Diakibatkan ribut yang melanda itu, Kapal angkasa tersebut terpaksa bergerak keluar dari Marikh. Mereka semua telah membuat andaian bahawa Mark Watney telah mati. Malangnya, Mark Watney masih hidup dan meneruskan kehidupannya di planet terpencil di Markh dengan sumber yang sangat terhad.

Credit : Google

Mark yang merupakan seorang Botanist telah cuba menanam Ubi kentang untuk hidupnya yang mendatang dengan menggunakan tanah dari Marikh dan baja organic dari bahan buangan (najis) sendiri.  Selain itu, dia juga turut menjana sumber air untuk pokok ubi kentang yang ditanam dengan beberapa experiment mudah. Malang tidak berbau. Sesungguhnya pelbagai rintangan telah mendatangi  dia sehinggalah diselamatkan semula oleh kawan-kawannya dengan bantuan yang baru. Pengakhiran kisah ini menunjukkan Mark telah menjadi tenaga pengajar dan berkongsi pengalaman beliau semasa di Marikh dengan bakal-bakal angkasawan.


Credit : Google

Saya rasakan kisahnya sangat kreatif. Kisah survival seorang angkasawan di tanah Marikh. Dengan latar belakang yang lebih jelas tentang kapal angkasa dan komponennya secara jelas , ditambah dengan perkiraan untuk kelajuan objek dan cara untuk menjalani kehidupan dengan sumber yang terhad. Saya sarankan mereka yang meminati kisah angkasa untuk menonton kisah ini. Terdapat dalam 2D atau 3D ya!