Jumaat, 2 Oktober 2015

#ShanasReviewMovie : 2. The Martian

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Jika pada minggu lepas saya bercerita tentang filem Everest maka pada minggu ini saya ingin bercerita pula tentang filem The Martian. Almaklumlah baru saja pulang dari menonton filem tersebut. Saya anggarkan filem ini agak mendapat sambutan kerana kelihatan banyak juga penonton yang memenuhi ruangan panggung. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Andy Weir dan berdurasi 2 jam 22 minit.

credit : google

Sesungguhnya filem ini sangat menarik dan tidak membuang masa bermula dari awal penceritaan. Tidak hanya memfokuskan watak utama, kisahnya juga nyata berbeza berbanding kisah sains fiksyen yang lain. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan filem ini juga memberi sedikit ilmu dan semangat untuk orang lain meneruskan kehidupan dalam keadaan yang genting.

Credit : Google

Secara ringkasnya, plot kisah ini bermula dengan misi sekumpulan Angkasawan (Mark Watney, Melissa Lewis,Annie Montrose, Rick Martinez, Beth Johanssen, Chris Beck)  dari  Amerika yang membuat kajian di Marikh. Namun tidak disangka ribut yang kuat telah mengganggu proses kajian di lapangan Marikh itu. Akibat dari itu, kajian terpaksa dibatalkan. Namun ketika mereka cuba bergegas meniki kapal angkasa, Mark Watney telah dilanggar dengan satu komponen kapal angkasa sehingga menyebabkan dia tersasar jauh. Diakibatkan ribut yang melanda itu, Kapal angkasa tersebut terpaksa bergerak keluar dari Marikh. Mereka semua telah membuat andaian bahawa Mark Watney telah mati. Malangnya, Mark Watney masih hidup dan meneruskan kehidupannya di planet terpencil di Markh dengan sumber yang sangat terhad.

Credit : Google

Mark yang merupakan seorang Botanist telah cuba menanam Ubi kentang untuk hidupnya yang mendatang dengan menggunakan tanah dari Marikh dan baja organic dari bahan buangan (najis) sendiri.  Selain itu, dia juga turut menjana sumber air untuk pokok ubi kentang yang ditanam dengan beberapa experiment mudah. Malang tidak berbau. Sesungguhnya pelbagai rintangan telah mendatangi  dia sehinggalah diselamatkan semula oleh kawan-kawannya dengan bantuan yang baru. Pengakhiran kisah ini menunjukkan Mark telah menjadi tenaga pengajar dan berkongsi pengalaman beliau semasa di Marikh dengan bakal-bakal angkasawan.


Credit : Google

Saya rasakan kisahnya sangat kreatif. Kisah survival seorang angkasawan di tanah Marikh. Dengan latar belakang yang lebih jelas tentang kapal angkasa dan komponennya secara jelas , ditambah dengan perkiraan untuk kelajuan objek dan cara untuk menjalani kehidupan dengan sumber yang terhad. Saya sarankan mereka yang meminati kisah angkasa untuk menonton kisah ini. Terdapat dalam 2D atau 3D ya!

4 ulasan:

Terima kasih untuk komen anda :)